Makin Comel Gelagat Baby Ainul Bergurau Dan Manja Dengan Walid

Kisah penderit4an Ainul Mardhiah mendapat perhatian umum apabila rakaman video bayi terbabit yang mengalami ketumbuhan pada bahagian mulut, tular di laman sosial media dan benar-benar telah berjaya menarik perhatian warganet. Mereka semua seperti bersatu hati mendoakan agar bayi tersebut terus kembali sihat.

Selepas kejayaan pembed4han membuang ketumbuhan tersebut di London berjaya, Ainul masih menjadi bayi kesayangan Malaysia kerana ramai yang menantikan perkembangan terkininya.

Mama & walid kongsi perjalanan Ainul

Sebelum ini, ibu bapa bayi kesayangan semua ini telah diundang ke rancangan Selamat Pagi Malaysia untuk menceritakan serba sedikit mengenai perjalanan mereka menguruskan seorang anak yang berjuang melawan peny4kit.

Mereka sempat menitipkan pesanan serta bagaimana mereka menghadapi detik sukar itu dengan tenang dan sentiasa brtawakal kepada Allah S.W.T tentang kesihatan Ainul. Selepas pulang, Ainul dilaporkan semakin aktif dan membesar dengan baik selepas menginjak umur satu tahun.

Semalam, ibunnya, Nurul Erwani telah memuat naik video suaminya bergurau dengan anak sulung mereka itu.

Ainul terlihat sangat comel dan gembira di timang bapanya walaupun masih memakai tiup perubatan di bahagian leher. Menerusi kapsyen yang dibuat oleh Nurul Erwani, dia memaklumkan bahawa Ainul sangat manja dengan walidnya. Mereka juga kerap bergurau dan Ainul sudah banyak keletahnya.

Sehubungan dengan video yang dimuat naik oleh ibu bayi comel itu, rata-rata warganet telah meninggalkan k0men dengan menzahirkan rasa gembira mengenai kondisi Ainul yang semakin baik.

Mereka turut terhibur melihat keletah bayi kesayangan semua itu apabila diagah oleh bapanya yang begitu seronok melayan anak perempuannya.

“Alololo..dah pandai nk main dah ye…semoga terus sihat walafiat.

“Tarik rambut walid tu ainul” gurau netizen

VIDEO


Alhamdulliah semoga baby Ainul membesar dengan sihat. Amin

Sumber : Nurul Erwani kredit ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*