P0lis SiasatGambar Raya Azmin Ali Dan Ini Yg Berlaku Selepas Check Dengan Pak Guard

Putrajaya: Polis tidak mengesan pergerakan keluar masuk tetamu di kediaman rasmi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10 di sini, yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, siasatan awal pihaknya mendapati semua individu berada di situ adalah Mohamed Azmin dan ahli keluarga yang sememangnya mendiami kediaman terbabit.

Katanya, pihaknya juga mengambil keterangan petugas keselamatan berkhidmat di kediaman itu yang mengesahkan tiada pergerakan tetamu pada 13 Mei seperti dakwaan tular di media sosial.

“Maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya yang berlangsung hanya membabitkan individu dalam kalangan ahli keluarga Mohamed Azmin yang mendiami kediaman berkenaan.

“Bagaimanapun, Mohamed Azmin serta ahli keluarga, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook (FB) Ummi Hafilda Ali serta saksi-saksi yang lain akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Fadzil berkata, polis menerima laporan berkenaan hantaran dalam FB menggunakan nama Ummi Hafilda Ali pada jam 3 petang semalam, yang antara lain mendakwa ahli keluarga Mohamed Azmin melakukan kesalahan merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan Aidilfitri.

Katanya, kesalahan didakwa dilakukan kira-kira 8 pagi, Khamis lalu di kediaman rasmi menteri berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil turut menasihati pengguna media sosial supaya berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang atau jabatan.

Kerajaan menguatkuasakan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun dengan SOP terbaharu melarang aktiviti ziarah Aidilfitri dan tidak membenarkan penganjuran rumah terbuka atau majlis raya.

Sambutan Aidilfitri hanya dibenar dilakukan di kediaman yang membabitkan isi rumah sahaja

Terdahulu KERAJAAN dituntut menjelaskan jika Menteri Kanan Ekonomi Azmin Ali melanggar ketetapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menerima kunjungan keluarga.

Gesaan itu timbul selepas Azmin menyiarkan gambar di media sosial menunjukkan kehadiran anggota keluarga menteri itu ke rumah untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam pada itu, berita tersebut turut menarik minat bekas Perdana Menteri Najib Razak

“Aik… dia lagi? Apa kes kali ini?Apapun, saya nasihat netizen untuk pastikan identiti pelaku sebelum korang kecam.Nanti tersilap sedekah pahala free pulak.”

Pada 12 Mei, sehari sebelum Aidilfitri, Azmin berkata, kata kunci di musim perayaan ini adalah ‘pematuhan’ selain meminta rakyat Malaysia mematuhi SOP. – Gambar Instagram rasmi Azmin Ali, 14 Mei, 2021.

Azmin Ali telah memuat naik satu gambar dimana dia dan keluarga berhubung dengan keluarga lain menerusi panggilan virtual.

Dalam pada itu ada netizen bertanyakan dimana Diva AA atau Azwan Ali? Kenapa beliau tidak bersama di Aidilfitri?

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Warung Kekayu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*