Gadis Minta Bantuan Aliff Syukri Untuk Kurus Dapat Pandangan Kurang Enak Dari Orang Ramai

Datuk Aliff Syukri memang terkenal di media sosial serta tidak kurang dengan bantuan yang diberikan kepada golongan yang sepatutnya. Namun, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi berkongsi sedutan video menerusi Instagram TV (IG TV) miliknya, berhubung permintaan seorang gadis comeI yang ingin bertemu dan meminta bantuan darinya.

MH turut menerima kiriman video daripada pembaca mengenai hasrat gadis berkenaan.

“Assalamualaikum kepada Datuk Aliff, saya nak minta bantuan Datuk Aliff untuk membantu saya. Saya tahu, Datuk ada menjual produk kesiihatan yang boleh bantu orang gemvk untuk jadi kurrus. Saya nak jadi macam dia, sebab itu memang impian saya, nak jadi orang yang berjaya. Saya harap Datuk sudi dan dapatlah bantu saya,” kongsi gadis berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Wanie itu.

Kongsi Aliff menerusi ruangan kapsyen, dia turut bertanya mengenai latar belakang individu tersebut selain mengakui andai mendapat seribu komen dari para pengikutnya di laman sosial, dia tidak teragak-agak untuk membantu gadis berkenaan.

“Adakah patut abg tolong? Nama dia siapa asal mana? siapa tau budak gemook ni dari mana. Abang tau pun dari fb, dia nak apa dari abg sebanaryaa?? Adakah abg patut tolongggg?

“Kalau abg dpt 1ribu org komen di bawah “tolong adik gemok abg terlajaklaris” InsyaAllah abg akan tolong,” tulisnya

Namun tidak kurang juga yang mengecam tindakan gadis tersebut kerana dirasakan apa yang diminta kurang sesuai. Rata-rata netizen menegurnya supaya mengemas rumah dan lebihkan senaman sihat serta tak lupa kawal cara pemakanan.

Apa-apa pun terpulang pada individu sendiri untuk nilai apa yang betul dan apa yang salah. Moga tidak ada yang mengambil kesempatan diatas kesenangan orang lain.

Sumber : Mediahiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*