Fasha Sandha Buat Luahan Kesan Daripada MovementControlOrder

Kita semua sedang berhadapan dengan situasi yang agak membimbangkan berikutan penularan jangkitan COVIDd19.Kerajaan telah memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020. Keputusan ini akan diteliti semula sekiranya situasi COVIDd19 bertambah baik.

Pelakon cantik Fasha Sandha berkongsi foto keadaan pusat membeli-belah yang sepi serta kedai barangan runcit yang sesak sebelum tempoh perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan.

Memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya, aktres yang sedang sarat hamil ini turut memohon doa agar situasi virus COVIDd19 yang sedang melanda dunia berakhir.Bintang utama drama bersiri Lara Aishah ini turut mendedahkan majlis anjurannya juga terpaksa ditangguhkan.

Semua gambar ni diambil oleh saya sendiri. Kisah semalam.Mall jadi sepi, tapi grocery store sesak sampai i nak beli biskut cap pingpong kegemaran I pun habis.Semua orang pakat beli macam nak meniaga… Yalah, kalau semua ambil seorang 5 bungkus, sebungkus pun tak ada untuk I.Jomlah kita semua doakan agar situasi virus ini berakhir,” tulis Fasha.

Majlis saya yang sepatutnya disambut hujung bulan ni pun terpaksa ditangguhkan demi keselamatan dan menghormati keputusan kerajaan.Memang sukar, sebab persiapan telah dibuat, jemputan semua dah dibuat, pembayaran semua dah dibuat.Tapi keselamatan semua lebih penting dari segalanya. Kita doa yang terbaik untuk negara kita Malaysia.Kita mendapat perintah untuk mengawal pergerakan kita, jadi kita harus ikut demi kesejahteraan semua. Be safe kesayanganku,” tulis isteri kepada aktor Aidil Aziz ini lagi.

Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat Fasha dan turut berdoa agar keadaan kembali pulih.Pengikut laman Instagram aktres ini juga mendoakan agar Fasha sentiasa berada dalam keadaan selamat.Dalam perkembangan lain, drama lakonan Fasha, Dua Takdir Cinta kini sedang hangat bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima dan Prima HD.

Sebagai persediaan menghadapi situasi yang lebih serius, kerajaan akan terus mempertingkatkan pelaksanaan saringan di Pintu Masuk Antarabangsa, menjalankan sekatan perjalanan dari negara terlibat dan menyediakan laluan khas untuk pelawat dari negara-negara terrsebut.

Krdit:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*