Muka Ketat Biar Pun Menang Anugerah Almy Dedah Suaminya Sudah Dua Bulan Takda Job

Umum tahu yang pelakon Datuk Fizz Fairuz memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) menerusi drama Kamar Kamariah pada 1 November lalu. Datuk Fizz Fairuz sendiri tak menyangka dia berjaya membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang diadakan baru-baru ini. Menurut Fizz yang menjayakan drama bersiri Kamar Kamariah, dia tidak pernag meletakkan apa-apa harapan apabila menghadiri mana-mana majlis anugerah.

“Sejujurnya, memang saya tak sangka. Sudah beberapa kali nama saya sangkut di senarai Top 5 tetapi tidak pernah melekat untuk menerima trofi.Jadi, kehadiran saya di majlis anugerah hanya untuk memberi sokongan terhadap rakan-rakan industri lain.

“Kemenangan di ASK2019 membuatkan saya terkejut. Alhamdulillah, saya anggap ini sebagai rezeki selepas hampir 20 tahun melibatkan diri dalam bidang seni ” Tambah Fizz, dia melihat kehadiran aktor Azhan Rani dalam senarai Top 5 sebagai pencabar utama.” ujarnya lagi.

Namun biarpun baharu memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini, pelakon Datuk Fizz Fairuz tidak menerima tawaran lakonan hampir tiga bulan.

Perkara itu didedahkan isterinya, Datin Almy Nadia, 33, ada segelintir produksi menyangka Fizz terlalu sibuk dan hanya menerima tawaran lakonan dengan bayaran yang tinggi.

“Bila dah dua bulan tak ada job, muka ketat, orang bajet dia sibuk… Fizz busy, Fizz busy, Fizz busy, Fizz mahal, Fizz sibuk!Sedangkan (Fizz) dah duduk rumah nak masuk bulan ketiga tak ada shooting.Almy berkongsi luahan hatinya itu menerusi laman Instagram pada Jumaat.

Perkongsian Almy itu turut menarik perhatian pengikut termasuklah rakan selebriti antaranya Nad Zainal.

“Bila menang lagi orang takut tapi ada tu.. gambate!,” kata Nad.

“Kan! Semua t4kut nak ambil dan semua cakap mesti sibuk lepas tu dah menang mesti mahal, sabar jelah… rezeki ada Insya-Allah!,” jawab Almy.

Sementara itu, sebelum ini pelakon Jasmin Hamid juga berpendapat bayaran pelakon di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan bayaran yang diterima anak seni di luar negara.

“Bertabahlah wahai hati. Inilah nasib anak-anak seni Malaysia! Semuanya indah khabar dari rupa.Bayaran yang paling rendah untuk hasil seni kalau nak dibandingkan dengan negara luar sebab pasaran Malaysia sangat terhad.”Apapun tetap bersyukur sebab masih ada rezeki di atas meja untuk famili. Allah maha baik!,” kata Jasmin Hamid pula.

Sumber gempak  & mstar

InsyaAllah ada rezeki itu nanti. Semoga industri hiburan kekal melahirkan .pelakon-pelakon yang mantap dan hebat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*