Bergema Satu Dewan Dengan Tepukan Gemuruh Bila Giliran Fikry Ibrahim Ambil Ijazah

Tuntutlah ilmu hingga ke negara China. Biasa kita dengar pesanan ini untuk memberitahu betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian kita.

Biasanya selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, anak-anak muda akan terus menyambung pelajaran ke universiti pilihan di dalam dan luar negara. Namun, tidak semua yang bernasib baik untuk terus menyambung pelajaran ke peringkat yang seterusnya.

Pasti mereka mempunyai sebab yang kuat mengapa tidak berkesempatan untuk menyambung pelajaran dan terus masuk ke alam pekerjaan. Namun ada segelintir yang jauh di sudut hati mereka mengidamkan sekeping sijil sebagai tanda kejayaan.

Siapa tidak kenal dengan pelakon kacak Fikry Ibrahim, yang sering kali kita lihat bergandingan dengan pelakon jelita, Farah Nabilah di kaca televisyen.

Bergelar sebagai pelakon, Fikry juga merupakan graduan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, yang baru-baru ini selesai menghadiri konvokesyen.

Fikry Ibrahim curri tumpuan di pentas konvo

Menerusi muat naik foto di IG, dengan ucapan yang ringkas, Fikry sempat menzahirkan ucapan terima kasih buat keluarga, rakan-rakan dan paran pendidik yang selama ini telah banyak memberi sokongan.

Bergema satu dewan bila artis ambil ijazah

Membawa status sebagai selebriti, sudah pastinya kelibat Fikry mencurri tumpuan. Menerusi video yang dikongsikan oleh kelab peminatnya, dapat dilihat satu dewa bergema dengan tepukan gemuruh apabila tiba giliran Fikry mengambil ijazah.

Turut berbangga dengan kejayaan pelakon tersebut menamatkan pengajiannya, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga netizen.

decobyputeri @fikryibrahim Tahniah dik….

fad_harris tahniah geng

fikryibrahim @fad_harris thanks geng

zalifsidek Tahniah bro @fikryibrahim

imammudaasyraf Tahniah bro.. apapun muka nampak tertib sangat..

wanyhasrita Congrats abg!

fakhrulunic Tahniaaaaah wei…bangga bro @fikryibrahim

farisha_iris Congratulations awak ❤️ Master pulak yay!

Tahniah diucapkan kepada Fikry Ibrahim dan didoakan semoga berjaya di dunia akhirat.

Sumber : Instagram @fikryibrahim via KL press

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*