Erma Fatima Luah Rasa Cemburu Dengan Wanita Hamil Buat Ramai Terharu

Setiap wanita yang berkahwin pasti mempunyai impian untuk memiliki zuriat sendiri. Segala dugaan dan saat manis sepanjang 9 bulan mengandung pasti akan diingati sepanjang hayat namun tidak semua wanita bertuah untuk merasa pengalaman terindah serta tak ternilai itu.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Badaruddin Azmi pada 1991.Pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah kira-kira dua tahun lalu selepas lebih 26 tahun mendirikan rumah tangga. Erma bagaimanapun difahamkan menjaga lima anak angkat iaitu iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.

Pelakon, pengarah dan penerbit popular, Erma Fatima menerusi Instagram mengucapkan tahniah kepada sahabat baik yang kini sedang hamil. Namun apa yang menarik perhatian netzen ada luahan pilu Erma Fatima mengenai kehamilan.

Pengarah dan penerbit, Erma Fatima ada memuat naik satu potongan video menerusi Instagram yang mendapat perhatian netzen.Menerusi video berkenaan, bintang Mok Cun itu dilihat sedang mengusap perut usahawan, Vie Shantie Khan yang kini sedang h4mil.

Difahamkan, pertemuan antara mereka dirakam saat Erma menghadiri majlis kejutan ‘baby shower’ khas buat Vie.

“Aku jadi cemburu setiap kali melihat wanita hamil. Satu2nya anugerah Allah buat seorang wanita yang tidak akan dapat aku nikm4ti hinggalah akhir nyaw4ku.Betapa beruntungnya kau @vieshantiekhan menjadi seorang wanita sejati, mendapat suami yg mencintai kau, memiliki zuriat yg menjadi simbol pada kebahagiaan kalian.DAN mendapat anak2 yg selamanya akan menghargai kau sebagai ibu yang melahirkan mereka. Congrats adik ku,” tulisnya memberikan dedikasi.

Ujar pelakon Mok Cun ini, dia cemburu setiap kali melihat wanita hamil kerana itu adalah satu-satunya nikmat Allah yang tidak dapat dinikmatinya sehingga ke akhir hayat. Tambahnya, wanita hamil sangat beruntung kerana berjaya menjadi seorang wanita sejati.

Turut sama hadir memeriahkan sesi berkenaan ialah Datin Paduka Eina Azman dan adik Erma, aktres Datin Seri Umie Aida.Menerusi ruangan k0men, rata-ratanya memberikan respon positif dan semangat buat bintang berkenaan.

Di ruangan k0men, netzen tumpang bersimpati dan meluahkan rasa sebak. Kebanyakan daripada mereka turut menanti kehadiran zuriat di dalam rahim. Malah andai ditakdirkan tidak dikurniakan anak, mereka berharap supaya ada ganjaran yang hebat untuk insan terpilih seperti mereka.

Semoga kak Erma Fatimah dikurniakan rezeki yang berlimpah ruah dalam segala segi bentuk rezeki.

Sumber : ErmaFatima kredit newskiniblog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*