Dua Orang Penting Ini Di Panggil Pihak Berkuasa Untuk Bantu Siasatan

Memang tidak dapat dinafikan dan disangkal lagi bahawa segala penyelesaian kepada sesuatu masalah bermula daripada individu itu sendiri. Bagi mengorak langkah menangani kemalangan jalan raya ini,setiap individu di Malaysia haruslah melaksanakan anjakan paradigma dengan mengamalkan cirri pemanduan berhemah semasa di jalan raya.

Ciri pemanduan dapat dipraktikkan dengan mengenakan topi keledar bagi penunggang motorsikal serta memandu mengikut had laju yang telah ditetapkan.Dengan mengamalkan ciri pemanduan berhemah ini,sudah tentu individu akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang mendorong ke arah kemalangan jalan raya kerana umum mengetahui bahawa malang tidak berbau.

Hari ini masih kecoh mengenai kejadian kemalangan jalan raya dimana seorang lelaki menyebabkan kem4ti4n pemandu kereta. Pelbagai cerita yang kita dengar. Viral di facebook lelaki cina mengeluarkan kayu baseball dan memukul lelaki melayu tersebut hingga meninggal.Namun dalam laporan polis lain pula kisahnya. Ia seolah-olah mengambarkan lelaki melayu tersebut yang memulakan dahulu berikut petikan laporan polis yang dibuat.

Bapa mentua mangsa, Mohd Rozhan Ramlee, 57, berkata kedua anaknya, Azraei Arief, 22 dan Zafri Amir, 19, keluar dari kediaman keluarga di Bukit Mahkota Bangi untuk ke IPD berkenaan, kira-kira jam 10.30 pagi ini bagi membantu siasatan kes kemalangan berkenaan.

Polis memanggil dua adik ipar mangsa yang maut susulan perselisihan faham dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, kelmarin, untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

“Zafri antara ahli keluarga yang terawal tiba di kawasan kemalangan berkenaan dan membawa Allahyarham (Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29) ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre kerana klinik berkenaan tutup.

“Selepas ini, saya harap polis dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya pada BH, hari ini.

“Azraei yang turut ada bersama beri CPR (bantuan pernafasan kecemasan) kepada menantu ketika dalam perjalanan ke Nilai Medical Centre.

Dalam pada itu, katanya, dia dan ahli keluarga lain menerima banyak panggilan dan mesej daripada individu mengakui sebagai saksi kejadian termasuk lelaki berbaju biru yang dikatakan berada di lokasi kemalangan ketika berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek.

“Bagaimanapun, banyak alasan diberikan termasuk mahu jumpa saya dahulu apabila meminta mereka untuk tampil membuat laporan polis.

“Bagi saya kalau mahu bantu amat dialu-alukan namun jangan ambil kesempatan terhadap insiden ini,” katanya.

Semalam, mangsa yang dilaporkan maut akibat perselisihan faham dalam kemalangan kecil di lebuhraya berkenaan, didapati memukul kereta suspek menggunakan kayu besbol sebelum dilanggar.

“Namun, si mati yang masih tidak berpuas hati mengeluarkan kayu besbol dari keretanya dan memukul bahagian hadapan kereta suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, dilaporkan berkata, mangsa bertindak demikian selepas tidak berpuas hati dengan suspek berusia 40 tahun itu.

Katanya, sebelum mengeluarkan kayu besbol dari keretanya, mangsa serta suspek yang sudah bergaduh berpunca daripada kemalangan kecil, ditenteramkan orang ramai sebelum kedua-duanya masuk ke kereta masing-masing.

“Suspek yang ada dalam kereta ketika itu terus memandu dalam keadaan tergesa-gesa hingga terlanggar suspek.

“Akibat daripada itu, mangsa tersepit antara kereta suspek dan penghadang jalan,” katanya

SumberKredit:Bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*