DJ Soda Dari Korea Nampak Cantik Ayu Berkebaya Sampai Kena Kacau Dengan Monyet

Fesyen baju kebaya kini semakin mendapat tempat di kalangan wanita muda. Ia tidak lagi sekadar baju yang dipakai ketika menghadiri majlis perkahwinan atau makan malam.

Kini ramai wanita muda gemar menggayakan fesyen ini untuk ke pejabat, malah ada juga yang memberi suntikan moden dengan dipadankan bersama seluar.

Deejay (DJ) Korea popular iaitu DJ Soda atau nama sebenarnya Hwang So-hee menarik perhatian peminat di Malaysia apabila mengunjungi lokasi pelancongan terkenal, Batu Caves.

Apa yang lebih mencuit hati adalah gelagat DJ Soda yang memberi makan kepada monyet yang berkeliaran kuil Batu Caves tersebut. Menerusi satu posting di Instagramnya, DJ Soda berkongsi rakaman video memaparkan dia sedang memberi makanan kepada monyet.

Biarpun beberapa kali menjerit, namun DJ Soda tetap memberanikan diri memberi makan kepada haiwan itu beberapa kali.”Tekak saya sakit akibat menjerit terlalu banyak,” katanya pada posting berkenaan. Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah DJ berkenaan.Tidak kurang juga yang memuji kecantikkan DJ Soda menggayakan baju tradisional Malaysia, kebaya.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

Difahamkan, DJ Soda tiba di Malaysia pada Jumaat lalu bagi melakukan persembahan di sebuah kelab di Kuala Lumpur Jumaat.

Tahukah anda, baju kebaya sebenarnya berasal dari negara Arab? Dipercayai kumpulan pedagang daripada negara itu membawa dan memperkenalkan fesyen tersebut ke Nusantara. Dikenali sebagai Abaya dalam Bahasa Arab, ia kemudiannya disebarkan ke Melaka, Sumatera, Bali, Jawa dan Sulawesi.

Hasil daripada asimilasi budaya sejak ratusan tahun yang lalu, baju ini mula diterima oleh penduduk di kawasan berkenaan. Pakaian ini sebenarnya menjadi lambang kekuasaan, seperti yang diamalkan masyarakat Jawa.

Mengikut sejarah, sekitar tahun 1600 di Pulau Jawa, kaum wanita dari golongan atasan dan kerajaan sahaja hanya dibolehkan memakai baju kebaya.

KredirSumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*