Datuk Red Jelaskan Bahawa Ada Individu Yang Meracun Fikiran Isterinya

Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini. Namun dalam hubungan rumah tangga kadang kala wujud salah faham, kecil hati, rasa tidak dihargai dan sebagainya.

Perkara yang paling ditakuti oleh pasangan yang sudah pun berkahwin adalah apabila cinta pasangan mula pudar dan beralih arah. Amat penting untuk kita mengetahui cara rumah tangga bahagia agar pernikahan yang terbina kekal hingga akhir hayat.

Ditanya mengenai pendirian Adira yang tetap meneruskan perceraian, Datuk Red mengakui tidak faham dengan pendirian isterinya itu yang sering berubah.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata, ada pihak yang ingin melihat dia dan isterinya, penyanyi Adira Suhaimi berpisah.

Bagaimanapun katanya, meskipun ada tangan ajaib yang ingin melihat mereka berpisah, dia akan sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan.

Memang ada pihak yang ingin melihat kami berpisah. Saya pun tak tahu kenapa. Benda baik pun ada yang menghalang. Sebagai ketua keluarga saya akan cuba mempertahankan rumah tangga kami meskipun tangan ajaib itu dalam kalangan keluarga sendiri,” katanya.

Menurutnya, sebagai manusia dia tidak lari daripada melakukan kesilapan namun akan cuba memperbaiki diri dan menyelamatkan perkahwinan mereka.

Sebelum ini saya akui tidak pikul tanggungjawab dengan serius. Saya leka dengan banyak perkara. Malah dulu ketika sibuk dengan urusan duniawi, saya pernah kata kalau perempuan pergi dalam hidup ini, boleh cari lain.

“Tapi sekarang saya tak nak semua itu. Allah sudah memberi petunjuk, walaupun dah terlewat tapi saya masih ada harapan sebelum perkahwinan ini hancur,” katanya.

Semua sudah sedia maklum dia memohon perceraian ini sejak April lagi. Kadangkala saya akui tidak berapa faham dengan dia punya hati dan perasaan. Sebagai contoh, malam sebelum perbicaraan sebelum ini kami ada berbincang supaya dia menarik balik semula kes terbabit dan reda namun boleh bertukar fikiran pula. Mungkin ada individu yang menghasutnya. Apapun saya tidak boleh jangka dia punya hati tapi saya akan pertahankan hubungan ini demi anak,” katanya.

Terdahulu Adira memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang. Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28, memfailkan permohonan itu pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ketika disoal Hakim Syarie Mohd Faizal Habib mengenai pendirian Adira berhubung permohonan cerai itu, bintang Akademi Fantasia berkenaan menjawab ‘saya tetap mahu teruskan perceraian ini’.

Bagaimanapun, Adnan ketika disoal Mohd Faizal membantah permohonan isterinya itu. Adnan, seorang ahli perniagaan menikahi Adira di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015.

Adalah amat penting untuk kita sentiasa meletakkan pasangan kita sebagai nombor satu, berbanding orang lain. Selepas ada anak, amat mudah untuk kita terlepas pandang tentang hal ini. Keperluan fizikal dan emosi suami atau isteri sering diabaikan sehingga mereka mula rasa tidak disayangi.

Suami atau isteri anda adalah tiang sokongan utama dalam hidup anda. Hargai dan berikan mereka keutamaan sentiasa. Kata-kata seperti “terima kasih”, “saya minta maaf”, dan “saya sayang awak” jangan pernah lupa untuk diucapkan setiap hari.

Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu. Bukan begitu, kata-kata manis dan ucapan penghargaan sebegini amat penting untuk didengari oleh pasangan. Ia adalah tanda pengakuan ikhlas dari seorang insan bergelar suami atau isteri.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*