Zara Zya selamat melangsungkan pertunangan dengan aktor Hafreez Adam

Sebelum ini, pelakon Zara Zya memberitahu mempunyai sebab tersendiri merahsiakan kunjungan keluarga kekasihnya, Hafreez Adam untuk merisik. Menurut Zara, dia dan Hafreez memilih untuk merahsiakan hal tersebut atas permintaan keluarga kedua belah pihak.

“Keluarga Hafreez sudah datang berjumpa keluarga saya untuk merisik pada 8 September lalu. “Semuanya berjalan lancar dan atas permintaan keluarga, kami terpaksa adakan secara tertutup dan tidak umumkan mengenainya,” katanya kepada Harian Metro.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin turut memaklumkan dia dan Hafreez akan bertunang sebelum melangsungkan majlis pernikahan.

“Kalau ikut perancangan, Insya-Allah akan ada majlis pertunangan. Apa-apa, kami akan maklumkan kelak,” katanya.

Zara dan Hafreez mula rapat dan bercinta pada 2017 ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Mona Lisa.

Hari ini Zara Zya selamat melangsungkan pertunangan dengan aktor Hafreez Adam dalam sebuah majlis tertutup.

Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagram usahawan kosmetik terkenal, Alha Alfa.

“Tahniah. Yeay makeup done for my lovely @zarazya happynya tak lama dah!

“Penyakit berjangkit lepas I. You pulak okey I happy gila-gila.

“Selamat bertunang Zara! I doakan cepat-cepat ke jinjang pelamin,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Alha mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

xaxilea_rare Ingatkan sanding perkahwinan.

lin_ar_37 Ingatkan dah kahwin. Apa pun tahniah!

saidatul_akma_nurliyana Macam kawen ni.. 😂😂😂 semoga ke jinjang pelamin dan bahagia till jannah

iera.zuhairah Ku ingatkan kahwin 😂 dah rare eday baik nikah terus.

nazrinsyh thniah semoga kekal till jannah

_utluvdrama_75 Yeahhhhhh alhamdulillah… Semoga ke jinjang pelamin dan ke jannah

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*