Berkenalan Dengan Jejaka PaIstin Ketika Remaja. Wanita Muda Ini DedahBagaimana Perasaannya Sebel0m Buat Keputusan Sebaik Tamt SPM

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan penind4san rakyat Palestin oleh Isr4el ketika umat Islam sedang membuat persiapan meraikan 1 Syawal.

Ser4ngan yang dimulakan oleh rejim zi0nis menyebabkan lebih 200 warga Palestin termasuk kanak-kanak terk0rban dengan ratusan yang lain terc3dera dan kehilangan tempat tinggal.

Ketika mana tumpuan terarah kepada pergol4kan di negara tersebut, sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita di aplikasi TikTok turut meraih tumpuan ramai.

Ia gara-gara wanita tersebut berkongsi kisahnya yang berkahwin dengan seorang lelaki warga Palestin.

“Ladies and gentleman. Meet my Palestinian husband (Tuan-tuan dan puan-puan. Perkenalkan suami saya warga Palestin),” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Sehingga kini, perkongsian video berkenaan meraih lebih 980,000 jumlah tontonan.

Selain itu, netizen juga teruja dengan perkongsian video-video yang memaparkan kecomelan anak pasangan tersebut.

Video yang dimuat naik oleh Alia di TikTok meraih lebih 980,000 tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Alia Isdawati ini berkata dia berkahwin dengan seorang jejaka Palestin, Saifeddin Ziada, 24, selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya kenal dengan suami daripada bapa tiri. Sebelumnya saya memang tak kenal langsung suami saya ni. Bapa tiri minta saya berkenalan dengan anaknya dari isteri yang pertama di Palestin.

“Kiranya saya dan suami ni adik beradik tiri berlainan mak dan ayah. Semuanya diaturkan oleh bapa tiri saya. Sehinggalah suami saya datang ke Malaysia, kami berkenalan dan bersetuju untuk berkahwin,” ceritanya yang mendirikan rumah tangga pada 2019.

Pasangan ini berkenalan dan berkahwin pada usia yang muda.

Menurutnya yang senang disapa Alia, pada peringkat awal dia berbelah bahagi untuk berkahwin memandangkan usianya yang masih muda dan mahu memberi tumpuan kepada pelajaran terlebih dahulu.

Namun selepas berfikir dan membuat pertimbangan dari pelbagai sudut, dia akhirnya bersetuju untuk menamatkan zaman gadisnya.

Sama seperti pasangan lain yang mengahwini bangsa asing, Alia dan suaminya turut berdepan dengan pelbagai cabaran khususnya dari segi masakan dan budaya.

“Ada makanan masakan Melayu yang suami saya boleh terima dan ada yang tidak. Ia agak sukar kerana saya juga tidak pandai masak makanan Arab.

Semuanya diaturkan oleh bapa tiri saya. Sehinggalah suami saya datang ke Malaysia, kami berkenalan dan bersetuju untuk berkahwin.

ALIA ISDAWATI

“Saya mula belajar sedikit demi sedikit dan sekarang ada sesetengah menu Arab yang saya pandai masak. Selain tu bahasa mereka juga susah untuk saya fahami pada awal perkahwinan. Lama kelamaan saya dapat belajar bahasa Arab daripada suami sebab sudah terbiasa,” ujarnya sambil mendedahkan suaminya gemar menu asam pedas dan tomyam.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Fatima Filastin, bersempena nama Palestin dan kini berusia 10 bulan.

Fatima Filastin, buah hati pasangan ini yang kini berusia 10 bulan.

Alia yang kini menjalankan bisnes dalam talian berkata, suaminya turut terkesan dengan apa yang berlaku di tanah kelahirannya baru-baru ini.

“Kali terakhir suami di Palestin tahun 2019. Dia masih dapat menghubungi ibu dan keluarganya di sana. Dia sentiasa membuat panggilan video bersama ibu dan adik beradiknya untuk hilangkan rasa sedih, rindu dan risau.

“Alhamdulillah selama berlaku k0nflik di sana, ibu dan keluarganya terselamat. Cuma berlaku sedikit ker0sakan di rumah kakaknya akibat b0m. Setiap masa keluarganya akan memberitahu apa yang terjadi dari semasa ke semasa,” ceritanya.

Menurut Alia, mereka menetap di Kuala Lumpur dan suaminya berniaga sendiri untuk menyara keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Kredit Artikel: DiariDuniaMedia

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Warung Kekayu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*