Kemeriahan Sambutan Hari Lahir Anak Fasha Sandha Putri Raysha Jemyma

Mesti ramai yang perasan hubungan antara pelakon popular, Fasha Sandha dan juga bekas suami Rizal Ashram Ramli masih baik walaupun telah berpisah. Menerusi perkahwinan terdahulu ini, Fasha dan Jejai dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma. Kini Fasha sah bergelar isteri kepada pelakon, Aidil Aziz dan Fasha diijabkabulkan pada 30 Mac lalu.

Fasha yang kini berbadan dua pernah meluahkan rasa fobia dengan insiden keguguran yang terjadi pada Jun lalu, aktres drama bersiri Syurga Yang Kedua ini lebih berhati-hati dalam berkongsi berita mengenai kehamilannya.

“Saya tak mahu nafikan, saya tak mahu mengiyakan. Apa yang saya pinta cuma doa yang baik-baik sahaja,” itu jawapan aktres cantik Fasha Sandha mengenai desas-desus yang mendakwa dia kini kembali berbadan dua.

Terbaru, Fasha Sandha dan juga bekas suami Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, telah meraikan majlis ulang tahun kelahiran anaknya, Putri Raysha Jemyma yang ke-5, semalam. Majlis tersebut diadakan di pusat membeli-belah terkenal, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur.

Bertemakan unicorn, kanak-kanak perempuan comel itu dilihat cukup gembira apabila mendapat hadiah daripada tetamu yang hadir.

Selain Jejai yang juga bapa kepada Jemyma turut sama hadir meraikan majlis berkenaan termasuklah rakan-rakan selebriti seperti Ozlynn, Sajat dan ramai lagi.

Jom lihat gambar-gambar sekitar majlis Jemyma yang menarik.

Selamat hari jadi pada Putri Raysha Jemyma yang ke-5, semoga membesar dengan sihat dan bijak!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*