Nadia Brian Sah Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan Muizz Nasruddin

Selepas beberapa beberapa bulan mengikat tali pertunangan, pelakon berwajah kacukan, Nadia Brian selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muizz Nasruddin kira-kira jam 12.03 tengah hari tadi.. Nadia kelihatan begitu anggun di atas pelamin dengan memakai baju kurung moden berona putih.

Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran RM50,000.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Imam Masjid Al Ikhlas, Shah Alam, Muhammad Shahar Abidin.

“Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan dan kini saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan.

“Insya Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin,” katanya kepada Berita Harian.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, mengenali suaminya menerusi teman baik yang juga pelakon, Ainul Aishah kira-kira dua tahun lalu.

Semoga ikatan yang dibina berkekalan hinggan ke akhirnya. Selamat pengantin baru diucapkan buat Nadia Brian dan suami.

Terdahulu, Nadia dan Muizz telah melangsungkan pertunangan pada bulan Mei 2019 selepas dilamar kekasihnya ketika mereka bercuti di Paris sekitar Februari.

Pasangan terbabit akan diraikan malam ini dalam majlis resepsi di lokasi sama.

Sumber : Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*