Tan Sri Muhyiddin Yassin Tak Kisah Rakyat Marah Kerajaan Atau Dirinya Sebab Perkara Ini

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat bersama kerajaan dalam memerangi wabak Covid-19 di negara ini. Beliau berkata, segala usaha yang dirancang kerajaan tidak akan berkesan sekiranya rakyat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Sebaiknya kita bersama-sama (perangi Covid-19), tak payah salah-menyalah atau marah-memarahi. Kita cari jalan lebih baik dengan bekerja bersama dan doa. Semua rakyat tak kira apa agama berdoa supaya diberi perlindungan, kesihatan, kekuatan dan semangat untuk hadapi cabaran luar biasa ini,” katanya.

Saya dah, dua kali dah (vaksin) – Muhyiddin Yassin

Beliau berkata demikian dalam Bicara Khas Cabaran Pandemik Covid-19 yang disiarkan secara langsung di saluran RTM dan Bernama TV serta media sosial, malam ini.

Muhyiddin berkata, sekiranya semua rakyat bekerjasama sudah pasti negara akan memperoleh kejayaan dalam mengawal penularan wabak itu.

“Usaha sedang dirancang dan dilaksanakan kerajaan ini mesti didokong oleh semua pihak sama ada imam, bilal, golongan profesional, tauke besar atau kecil, petani dan nelayan.Paling selamat duduk di rumah dan ikut SOP ditetapkan… Covid-19 tidak kenal orang, jadi kita kena ambil langkah berjaga-jaga dan lakukan kawalan kendiri,” katanya.

Dalam menangani krisis Covid-19, kerajaan juga peka dengan rungutan serta kemarahan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau sendiri turut menjadi sasaran kemarahan orang ramai.

“Bolehlah nak salahkan kerajaan, marah perdana menteri pun tak apalah, saya terimalah. Rakyat kata: ‘Apa bodoh perdana menteri’, tak apa…,” kata Muhyiddin.

Menurut Muhyidin, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha, namun negara tidak mampu melakukannya secara drastik.

Kredit: Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*