Insaf Lihat Isteri Luah Tajul Selepas Selamat Bergelar Bapa

Penyanyi Tajul Ariff kini bergelar bapa selepas isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung mereka, malam tadi. Tahniah diucapkan pada pasangan muda ini.

Bayi diberi nama Adriana Carissa itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.8 kilogram di Hospital Kajang.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, ketika dihubungi berkata, dia teruja dan gembira kerana pertama kali merasa pengalaman bergelar seorang bapa.

“Alhamdulillah isteri selamat melahirkan anak sulung kami. Satu pengalaman yang menarik dan dalam masa sama rasa sedih melihat sakitnya dia ketika hendak bersalin. Saya sendiri ikut masuk ke bilik bersalin menemani isteri dan melihat bagaimana dia bertarung nyawa melahirkan anak kami dan ia membuatkan saya berasa insaf.

“Ia juga mengingatkan saya supaya lebih menghargai isteri kerana begitulah keadaan ibu kita ketika melahirkan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Tajul turut berkongsi berita gembira berkenaan di Instagram.

“Yeay! Alhamdulillah anak daddy Adriana Carissa selamat dilahirkan pada 16 November malam tadi jam 11.56 malam. Kita belanja gambar dia sedikit, Nanti dah besar baru boleh tunjuk muka dia okay,” kongsinya.

Menjengah di ruangan komen, pelantun lagu Sedalam Dalam Rindu itu menerima banyak ucapan tahniah termasuklah dalam kalangan rakan artis.

Tajul berkata, jika tiada halangan isterinya dijangka pulang ke rumah esok.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu ini mencetuskan kontroversi apabila gambarnya bersama seorang wanita yang sarat hamil disebarkan di Internet. Tajul kemudian membuat pengakuan dia sudah berkahwin dan wanita yang sedang hamil itu adalah isterinya yang dinikahi pada 10 Disember 2017.

Sumber : Harian Metro , edited by MonyetHijau

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*