Azlee Senario Muncul Kembali Dan Dia Ceritakan Sebab Dia Tidak Aktif Dalam Industri Hiburan Sebelum Ini

Azlee merupakan salah seorang anggota kumpulan lawak tersohor tanah air satu ketika dahulu iaitu Senario yang mana ia turut dianggotai oleh Lan Pet Pet, Yasin, Saiful Apek dan Wahid.

Saya mahu kembalikan lawak-lawak Sepah tetapi mahu cipta sedikit kelainan. Bukan mahu ambil seratus peratus lawak mereka,tetapi saya sebagai bekas anggota kumpulan tersebut mahu ‘hidupkan’ semula jiwa Sepah. Begitu juga dengan Azlee yang lahir daripada kumpulan legend,Senario. Kami akan ambil sedikit cuma mahu tampil kelainan dengan lawak bijak dan fresh,” ujarnya yang sudah menyepi sejak 2016.

Bergiat aktif dalam dunia permotoran bukannya alasan anak kelahiran Johor ini untuk ‘lari’ dalam industri hiburan.

Kehangatan program realiti, Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) kembali lagi mewarnai industri hiburan tempatan. Terdiri daripada sembilan peserta berkumpulan dan dua peserta solo, MLM 2019 kali ini mengetengahkan dua orang peserta yang kembali membuat kemunculan semula (comeback) dalam satu kumpulan iaitu Mamat dan Azlee.

Memilih nama kumpulan Stone, ketiga-tiga mereka yang terdiri daripada Azlee,Mamat dan Acong mahu memberikan persembahan terbaik setiap minggu.

Mereka ditemui di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu sempena sesi pengenalan peserta MLM 2019. Azlee bagaimanapun tidak terkesan dengan pemilihannya dalam program ini meski merupakan pelawak paling senior.

Ada juga segelintir yang cakap bahawa kumpulan Senario dan saya salah seorang darinya tak perlu bertanding,sebaliknya jadi juri.

“Tapi saya tak kisah semua itu,saya masuk hanya untuk menceriakan,mewarnai dan menghiburkan penonton. Saya juga mahu mendekatkan jenaka dengan pelawak-pelawak baru kini,” kata Azlee kepada MH.

Sementara itu,Mamat yang turut bergabung dalam kumpulan Stone yakin bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai kelebihan masing-masing.

Saya akui saya menyendiri hampir tiga tahun dan lama tak muncul di kaca TV. Bukan saya merajuk, cuma saya mencari sesuatu di luar bidang saya iaitu ke dunia permotoran” jelasnya. Program ini bersiaran langsung pada 1 November ini di saluran Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124). Masih mengekalkan pengacara sama, Datuk AC Mizal semenjak 2011.

Mamat Sepah mengakui hampir kecewa apabila pelawak senior, Azlee Senario menolak pelawaannya dan Acong untuk menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Mamat berkata, walaupun Azlee beberapa kali menolak pelawaannya dan Acong, mereka tidak berputus asa sebaliknya terus bertekad untuk mendapatkan pelawak berpengalaman tersebut.

Mula-mula saya minta Acong hubungi Azlee, tetapi Azlee minta Acong telefon semula beberapa hari selepas itu kerana dia mahu mempertimbangkan pelawaan kami.

“Tetapi Azlee tidak membalas panggilan kami. Saya dah mula risau kerana pihak produksi pula dah tanya. Selepas beberapa kali mencuba pun, Azlee masih tidak setuju untuk bersama kami dan jalan terakhir saya ialah melakukan solat hajat,” katanya.

Pelakon dan pelawak terkenal, Azlee Jaafar menasihati agar pelawak-pelawak baru lebih bersikap hati-hati dan bijak dalam membuat lawak dan elakkan dari menyelitkan unsur lucah atau memeprsendakan seseorang demi membuat penonton ketawa.

Nak jadi pelawak kena bijak, jangan sampai menyinggung roang. Sebelum lontarkan apa-apa dialog, kena fikir dahulu. Lawak perlu berpada-pada.

“Sebagai pelawak kita kena jaga sensitiviti. Kena ingat program lawak ditonton oleh semua lapisan masyarakat, jadi cuba elakkan dengan lawak lucah,” katanya.

KreditSumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*