Tiada Duit Nak Beli Makanan Muncul Bekas Guru Ajak Makan Bermula Kisah Azlan Bergelar Jutawan

Mungkin cerita ini boleh menjadi pembakar semangat pada orang lain. Kisah yang dipaparkan ini ada berdasarkan pengalaman hidup dan kisah yang benar-benar terjadi kepada hartawan hartanah bernama Azlan Al-Amin. Kisah penuh inspirasi, bagaimana dia bermula dari ‘zero’ sehingga kini bergelar jutawan.

Part 2 : Solat Dan Sabar Jadi Kekuatan

Saya pemuda miskin. Belajar gagal dan tanaman jagung yang diusahakan sewaktu belajar juga gagal.

Saya terpaksa keluar dari rumah. Malu dan tak mahu berdepan keluarga. Biar susah,jangan menyusahkan. Itu prinsip saya!

Saya nekad tak akan pulang lagi ke rumah. Hanya pulang jika sudah berjaya. Saya menetap untuk beberapa ketika di wakaf tengah bendang padi.

Dengan bekal yang mak beri RM1.30 sen, ia tak dapat membantu saya untuk menyara hidup. Ia tak lebih hanya satu motivasi. Saya mula kelaparan.

Malam itu saya ke keluar berhampiran sebuah kedai di bandar Jertih dengan harapan ada seseorang yang sudi ajak saya makan.

Telahan saya tepat, tiba-tiba cikgu Halim Mat Saman muncul dan sebagai bekas guru saya, dia mengajak saya makan sambil mendengar semua kisah saya keluar dari rumah.

Masih ada yang simpati, lalu pahit mula bertukar manis. Alhamdulillah.

Beliau bersimpati dan menawarkan saya kerja sebagai ejen jualan hartanah dengan gaji RM1500 sebulan. Ya,gaji yang cukup lumayan pada tahun 2010.

Tapi saya menolaknya dengan baik seraya berkata :

” Cikgu, jangan ‘bunvh’ semangat saya dengan gaji yang membuatkan saya rasa selesa. Saya tak mahu gaji, saya mahu komisen atas jualan.

Kerana ia akan memotivasikan saya.

” Maksud saya, jika saya rajin buat jualan maka saya akan dapat banyak. Kalau saya malas, saya tak dapat apa apa”. Tegas saya lembut tapi ternyata itu adalah kenyataan yang ‘ego untuk mencabar diri saya sendiri’…

Cikgu halim akur. Anak muda di hadapannya ini memang keras hati. Tekad takkan berubah jika sudah nekad di dada!

KETIKA TERTUTUP SEGALA PINTU DI BUMI,YAKINLAH PINTU KE LANGIT SENTIASA TERBUKA.

Saya bermula tanpa apa apa dan sesiapa kecuali ALLAH. Yang ada hanyalah kemahuan, keyakinan dan keberanian.

Bermula dari bawah, susah payah hanya Allah yang tahu. Walaupun sudah bertemu cikgu Halim, untuk beberapa ketika saya masih menumpang tidur di wakaf tengah sawah padi.

Sehelai sepinggan seorang diri berbekalkan hanya RM1.30 sen, nyata menguji iman dan kekuatan.

Saya hampir tewas pada awalnya. Fikiran dan mimpi jahat bertandang walau tak pernah diundang. Jalan singkat mainan syaitan terbentang.

Saya cuba kuatkan hati. Saya keluar ke sebuah masjid berdekatan dan selesai mengambil wudhuk, saya solat sunat hajat memohon diberikan kekuatan serta jalan keluar.

Saya menangis sepuasnya dalam doa. Saya sujud sepuasnya. Dan setelah reda tangisan, saya rasakan satu kelainan. Kekuatan dan keyakinan untuk berjaya tiba tiba menjelma.

Saya bingkas bangun! Semangat mula membara dan api keyakinan marak menyala. SOLAT JADI KEKUATAN, Saya perlu menang!

LANGKAH PERTAMA.

Keesokan harinya, saya pinjam RM50 dari cikgu Halim untuk dibuat belanja. Beliau kemudian bekalkan saya beberapa ratus pamplet iklan tanah-tanah lot yang ingin dijual.

Beliau bersetuju memberikan saya komisen sebanyak RM2000 bagi setiap lot yang berjaya saya jual. Saya komited untuk membuktikannya walaupun saya langsung tiada pengalaman dalam bidang hartanah. Saya bermula dari zero,zero dan zero…

Melangkah turun dari Jertih menghala ke Setiu, saya minta kawan jadi pemandu menggunakan kereta yang dipinjamkan cikgu Halim. Saya berhenti di sebuah surau dan solat Dhuha serta hajat mohon pertolongan Allah agar dipermudah urusan dan diberikan kejayaan.

Selepas itu, saya datang rumah ke rumah untuk mengedarkan pamplet tanpa rasa malu dan segan. Asalkan halal, saya cabar diri saya untuk buktikan saya boleh berjaya.

Kurang dua jam, seseorang hubungi saya berdasarkan nombor telefon saya yang tertera di kertas edaran. Beliau bersetuju untu membeli sebanyak 2 lot tanah dan urusniaga itu berlaku pantas.

Menangis genggam duit komisyen RM4000

Buat pertama kali dalam hidup, saya berjaya mengenggam duit tunai RM4000!

Ya Allah, saya menangis..tak percaya, apakah ini mimpi? Atau aku masih berangan angan. Saya lihat duit di tangan, saya masih gagal menahan tangis lalu terbayang wajah ibu. Alangkah gembiranya ibuku…

Sesungguhnya, rezeki itu seperti cinta. Cinta yang dicari adalah cantik, tapi cinta yang ditemui pasti lebih baik. Maka rezeki yang ditemui melalui SOLAT dan SABAR adalah rezeki yang cantik dan terbaik sepanjang zaman.

SEDEKAH, HARTA MAKIN BERTAMBAH

Sedang dalam gembira memperolehi wang komisen yang sangat lumayan pada waktu itu, seseorang di kalangan keluarga terdekat menelefon saya memohon bantuan melanjutkan pengajian.

Beliau perlukan wang sebanyak RM2000. Mungkin sebab dia tahu saya agak ringan tulang,sebab itu agaknya dia hubungi saya.

Saya termenung dan Saya benar benar diuji.Guna untuk diri sendiri,atau sedekahkan sebahagian itu kepada yang lebih memerlukannya….

p/s: Bersambung part ke-3 iaitu BERSEDEKAH MENAMBAH HARTA.

Sumber: FB Muhammad Azlan Al Amin.

Kredit: Malaysiaunited

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*