EmakMenangis Sambil Hulurkan Wang Katanya Hanya Itu Yang Mak Boleh Berikan Selain Doa

Baru-baru ini ramai mungkin lebih kenali saudari Azlan kerana kisah beliau yang membantu adik Nursahira. Namun mungkin ramai tidak tahu kisah asal usul beliau.

Kisah Si Pengutip Sampah

Anda boleh SHARE untuk manfaat bersama.In sya Allah. Ia adalah kisah benar tentang perjalanan hidup saya dan tentang bagaimana saya bermula.

Mari saya kongsikan perjalanan hidup saya dari seorang pengutip sampah kepada ahli perniagaan hartanah.

Semoga kisah perjalanan diri yang kerdil lagi dhaif ini sedikit sebanyak dapat menjadi INSPIRASI serta MOTIVASI kepada mereka di luar sana untuk bangkit semula dari “Kelesuan” ekonomi masa kini.

La Tahzan..jangan kamu bersedih. Berbekalkan doa dan bermodalkan wang RM1.30

Bagaimana saya bermula dengan bekal wang hanya RM1.30. kira kira sepuluh tahun lalu?

Pasti ada sesuatu yang hebat (dengan izin dan kehendak Allah) di sebalik perjalanan dari lembah mendaki ke puncak ini!

Diari Seorang Aku..

Hidup bukan semudah yang kita sangka,namun hidup jauh lebih payah jika kita berburuk sangka. Oleh itu,saya sentiasa bersangka baik terhadap susah payah yang dilalui.

Saya berdamai dengan takdir, dan yakin di penghujungnya pasti ada hikmah atas segala kesabaran.

Saya cukup yakin,bahawa kasih sayang Allah jualah di sebalik tangis duka dan harapan serta kepasrahan seorang hamba.

Lantaran kesusahan hidup kami sekeluarga,saya mengambil keputusan untuk bekerja sebagai buruh Pengutip Sampah di KEM TUDM Gong Kedak, Pasir Puteh Kelantan.

Demi menyara keluarga dan meneruskan hidup, saya rela bergelumang bau busuk serta menahan jij1k najis kanak kanak dalam lampin pakai buang dalam tong sampah. Selagi ia halal, kotor bukan halangan buat saya.

Ya, perjuangan yang pahit untuk pengakhiran yang manis. Di sinilah cetusan mahukan kejayaan dalam hidup itu bermula.

Pilu rasa terkenangkan saat saya terpaksa mengutip sayur sayur dan makanan yang masih elok dari tong sampah lalu dibawa pulang ke rumah untuk dijadikan makanan kami sekeluarga.

Tiada siapa pun pada waktu itu sudi berkawan dengan saya.

Ya, si pengutip sampah dengan pakaian comot berserta aroma istimewa setiap kali pulang dari kerja.

Hidup ini tidaklah kejam, tapi pandangan dan anggapan manusia itulah yang seringkali zalim.

Kemiskinan apabila berada di hadapan pintu, maka cinta pun akan keluar melalui jendela. Itulah lumrah kehidupan, samaada kita suka atau tidak, itu adalah hakikatnya.

Berbekalkan RM1.30

Tak lama bekerja di situ dengan pendapatan kurang rm400 sebulan, saya kuatkan tekad untuk berhenti lantas meminta izin dari emak untuk keluar dari rumah bagi membina sebuah kehidupan yang baru.

Mak cukup kenal perangai dan sikap anak lelakinya yang ke-6 dari ini. Dihalang pun takkan mungkin saya berundur, maka lebih baik disokong dan didoakan untuk tetap teguh!

Emak menangis sambil menghulurkan saya wang RM1.30 sen. Katanya, hanya itu yang mak boleh berikan selain doa.

Mak bagitau saya dalam esak tangis, “LAN, PERBETULKAN NIAT UNTUK BERJAYA. ALLAH PASTI TOLONG KAMU…”

Saya pun keluar dari rumah dan bawa motor tanpa arah tuju yang pasti.

Yang saya tahu hanyalah mahu membina hidup baru sebaiknya. Malam itu, saya tidur di sebuah wakaf di tengah-tengah bendang sawah padi.

Terbangun jam 2 pagi, saya menangis mengenangkan nasib diri. Patah balik takkan mungkin, melainkan mara dan terus mara sambil mencabar diri agar lebih berani!

Berkat NIAT YANG BETUL, keeseokan harinya saya bertemu dengan bekas guru saya…Eposod baru akhirnya bermula dalam hidup saya.

Dari seorang pengutip sampah ke Ejen Hartanah!

P/S: Perkongsian kisah benar jutawan hartanah yang tular, Azlan Al Amin. Kisah seterusnya akan bersambung seperti dibawah.

Sumber: FB Muhammad Azlan Al-Amin

Kredit : Malaysiaunited

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*