Selepas Abah Umum PKP Seluruh Negara, Najib Razak Tulis Sesuatu Yang Dapat Lebih 50 Ribu Tanda ‘Like’

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan Covid-19 membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri, untuk itu larangan rentas daerah dan negeri dikuatkuasakan kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

Jelasnya, tarikh kuat kuasa larangan itu berkuat kuasa hari ini hingga 6 Jun.

“Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.

“Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat,” katanya dalam kenyataan di sini.

“Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa. Pusat asuhan kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga.Dine-in di restoran dan kedai makan adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Sepanjang tempoh itu, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.Selain itu jelasnya, majikan diwajibkan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (WFH) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa.Menurutnya, ketetapan juga dikuatkuasakan terhadap larangan semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

Najib Terus Muat Naik Status Ini Selepas PKP Seluruh Negara Diumumkan

Sebelum ini, analogi yang digunakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghuraikan faedah yang diterima oleh rakyat dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bagi menghadapi krisis Covid-19 dengan menggunakan nama ‘Makcik Kiah’ cukup mencuit hati.

Ia menjadikan nama Makcik Kiah jadi sebutan dan tersohor kini dalam media sosial sehingga menimbulkan pertanyaan, siapa Makcik Kiah?

Si penjual pisang goreng yang mempunyai seorang anak bujang dan duduk di PPR Desa Tun Razak, suaminya pesara kerajaan dan sekarang ini membawa Grab dan anak mereka peminjam PTPTN – begitulah gambaran yang diberikan oleh perdana menteri bagi menghuraikan bantuan yang bakal diperoleh Makcik Kiah melalui pakej itu.

Komen Orang Ramai

Sumber:FB NajibRazak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*