Kesalahn Berulang Neelofa, Suami Sudah Tak Sesuai K0mpaun. Peguam Ini Bagitahu Hkuman Yg Paling Sesuai

Kuala Lumpur: Tindakan pasangan selebriti PU Riz dan Neelofa yang hangat diperdebatkan netizen berikutan dakwaan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan harus dipandang serius pihak berkuasa.

Aktivis dan peguam, Asiah Abd Jalil menerusi hantaran di Facebook berkata, hukuman yang wajar dikenakan kepada selebriti itu mungkin tidak lagi relevan dengan hanya menerima kompaun sebagai denda.

“Kesalahan berikutnya mungkin dah tak sesuai nak kompaun. Neelofa dan laki lebai (PU Riz) dia tu perlu didakwa di mahkamah dan dihukum penjara.

“Minah (Neelofa) tu tak serik. Betul ke mak dia rasa sejuk masa mengandungkan dia?,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi hantaran berasingan, Asiah turut menyifatkan tindakan Neelofa mencetuskan kontroversi seakan-akan mempunyai agenda tertentu.

Menurut Asiah, selepas menerima kecaman netizen, selebriti terbabit akan muncul dengan beberapa foto aksi mesra bersama suaminya dan disusuli dengan pelancaran produk baharu.

Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya didakwa netizen di Nilai 3, sebelum bertindak memadamkannya.

Ternyata, bekas pengacara program MeleTop itu sekali lagi mengundang sensasi dalam kalangan warganet dengan tindakan beraninya ‘merentas negeri’ pada ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kebanyakan netizen di media sosial bengang dan ‘panas hati’ dengan tindakan Neelofa bersama suaminya, PU Riz meskipun mereka baharu didenda RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB ketika majlis perkahwinan yang berlangsung 27 Mac lalu.

Antara komen netizen di Twitter, mendakwa ada terlihat Neelofa dan suaminya memang berada di lokasi di Nilai 3, yang secara tidak langsung sudah merentas negeri lagi ketika PKPB.

Dalam posting terbaru Asiah juga menjangkakan yang Neelofa akan membuat naik posting bercorak islamik selepas mencetuskan kontr0versi

Mula-mula dia post benda kontr0versi. Lepas kena kecam hebat, posting dia yang berikutnya ialah :-

1) Firman Allah, sabda Nabi, hadis-hadis

2) Aksi gedik till jannah, seperti urut janggut lebai

3) Pelancaran produk baru

Tak percaya tengoklah. 1, 2, 3…

Dan seperti dijangka, dalam posting terbaru Neelofa, dia ada mengajak orang ramai untuk berinfaq ke Pertubuhan Kasih Neelofa

Neelofa ajak orang ramai berinfaq

Kuala Lumpur: Dalam pada netizen terus mengecam tindakan selebriti Neelofa yang didakwa melakukan aktiviti rentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan, bekas pengacara MeleTOP itu mengambil pendekatan berbeza.

Menerusi hantaran di Instagram, Neelofa yang juga isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz memuat naik mengenai infaq yang dijalankan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa.

“10 malam terakhir Ramadan, antara malam-malam yang digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah. Tidak terkecuali amalan bersedekah.

“Justeru, molek (baik) kiranya jika ada antara anda yang berkemampuan, saya ingin mengajak anda semua untuk sama-sama berinfaq Iftar Box Pertubuhan Kasih Neelofa supaya kita sama-sama dapat membantu mereka yang memerlukan.

“Untuk pengetahuan, Iftar Box ini akan diagihkan secara berkala dan secara berterusan sepanjang Ramadan. Insya-Allah, sumbangan ikhlas anda bakal memberi sinar untuk mereka untuk minggu terakhir bulan yang mulia ini,” katanya.

Terdahulu, Neelofa dan suaminya didakwa merentas negeri apabila memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di kedai karpet di Nilai 3 sebelum bertindak memadam video itu.

Namun, netizen sempat memuat turun video itu sehingga ia tular di laman sosial.

Malah, lelaki yang didakwa pemilik kedai berkenaan turut memuat naik status dan gambar swafoto di Facebook dengan mengucapkan terima kasih kepada pasangan itu kerana sudah membeli di kedainya.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Warung Kekayu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*