Reaksi wanita ini bila dapat tahu pelanggan yang beli rupanya anak yang lama tak pulang buat ramai rasa sebak

Satu video yang memaparkan seorang lelaki membuat kejutan terhadap ibunya telah tular di media sosial.

Menurut kapsyen video tersebut, lelaki yang dipercayai anak kepada wanita itu telah pulang ke kampung halamannya yang terletak di Medan daripada Jakarta tanpa memberitahu ibunya.

Ibunya itu yang dipercayai menjual minyak petrol langsung tidak mengetahui gimik anaknya yang menyamar sebagai salah seorang pelanggan yang mahu mengisi minyak petrol di kawasan tempat ibunya itu berniaga.

Kerana tidak perasan, wanita tersebut telah melayan lelaki berkenaan sama seperti pelanggan biasa.

Menurut video tersebut, lelaki itu sempat untuk berpakat dengan adiknya. Mereka telah meminjam motosikal rakan kepada adiknya agar kejutan yang bakal diterima ibunya itu berjaya.

Dalam video tersebut, wanita itu dikatakan hampir mengenali anaknya itu. Tidak lama kemudian lelaki tersebut pun terus menghampiri wanita itu dan membuka topi keledarnya.

Wanita tersebut terus terkejut dan tidak dapat menahan emosinya. Lelaki itu pula terus salam, mencium dan memeluk ibunya itu.

VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sahabatsurga (@sahabatsurga)


Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 400 ribu kali.

Indonesia masih melaksanakan penutupan sebahagian di mana aktiviti awam dan komersial dibatasi pada jam-jam tertentu dalam sehari. Perjalanan domestik tidak terhad tetapi bergantung pada keputusan ujian COVID-19.

Sumber: sahabatsurga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*