Amy Mastura Sentiasa Kelihatan Muda Tidak Dimakan Usia, Ramai Yang Terkejut Apabila Tahu Umurnya Sekarang

Wajah pelakon dan penyanyi Amy Mastura kelihatan sentiasa muda tidak dimakan usia. Semalam, tanggal 10 Mei merupakan tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-50. Sudah tentu ramai peminat agak terkejut Amy Mastura sudah masuk ‘5 series’ tetapi penampilannya kelihatan jauh lebih muda.

Tak dimakan usia

Amy Mastura Binti Suhaimi dilahirkan pada tanggal 10 Mei 1971 dan kini usianya sudah cecah 50 tahun. Dia mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama suami iaitu Alvin Tham Suffian pada tahun 2000. Amy Mastura menceburi bidang seni sebagai penyanyi dan aktif pada sekitar tahun 1993 lagi. Sepanjang karier seninya, dia telah berjaya menghasilkan beberapa buah album termasuk The Best of Amy Mastura (1998), Keunggulan Amy Mastura (2007) dan The Best of Amy Mastura II (2011).

Pencapaian sepanjang 28 tahun

Bukan itu sahaja, Amy Mastura juga mempunya bakat dalam bidang lakonan. Antara filem yang telah dibintanginya adalah Tragedi Oktober (1996), Bintang Hati (2004), Aku Tak Bodoh (2010), Keluarga Iskandar The Movie (2020) dan banyak lagi.

Sepanjang 28 tahun dalam industri seni, Amy Mastura telah berjaya merangkul kira-kira lima kemenangan anugerah termasuk industri mu zik dan bidang seni lakon. Antaranya ialah anugerah Cover Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-14 menerusi filem Puteri Impian, Penyanyi Wanita Terbaik di Anu gerah Bintang Popular 1994 dan Juara kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu 2000 menerusi lagi Bin tang Hati.

Sentiasa nampak muda

Sumber: Amy Mastura Via OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertang gungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir pan jang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mam pu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*