Sempena Hari Lahir Dedikasi Datin Alyah Buat Tok Ram Buat Ramai Terharu

Sebelum ini, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan pernah memberitahu, dia sangat pelik bagaimana akhirnya Ramli yang tidak digemarinya itu bergelar suaminya selepas mereka disatukan dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesian pada 18 Mac 2013.

“Saya tak pernah ada impian dan keinginan langsung untuk menyukainya malah saya tak pernah terfikir pun. Tetapi Allah aturkan saya berjumpa dia semula selepas kali pertama bertemu ketika saya menjadi penyanyi ganti di sebuah kelab dan akhrinya dia menjadi suami saya.

“Saya memang tak menggemari setiap inci pun Tok Ram, sampai hari ini pun pelik. Tetapi saya percaya Allah ada perancangan terbaik yang saya tak tahu, saya go with the flow,” kata Alyah

Pada awal hari ini, penyanyi dan usahawan, Datin Alyah ada berkongsi surah al-Fatihah menerusi entri terkininya di Instagram bersempena dengan hari jadi suaminya, tahun ini.

Tulis penyanyi Meluruh itu, hanya doa yang mampu dihadiahkan sambil menyatakan ingantan buat suami yang tak pernah putus.

“Hanya doa yg mampu saya hadiahkan. Dan doa saya tidak pernah putus buat kamu.

”Selamat ulang tahun Dato Hj Ramli bin Hj Muhammad Salleh,” tulisnya.

Lalu di ruangan komen, para peminat turut memberikan ucapan serta dedikasi sama buat pengarah muzik terkenal itu. Malah tak kurang juga yang berdoa agar rumah tangga mereka aman harmoni selamanya.

“Istimewanya Tok Ram apabila dia boleh melayan budak kecil walau anak saudara saya,” dedah Alyah

Foto: Instagram Datin Alyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*