Ainul Mardhiah Kini Sudah Pandai Duduk Dan Suka Dibawa Jalan Jalan

Dahulu kisah adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ mendapat perhatian penuh negara ini. Ini kerana, kisah adik Ainul Mardhiah yang ada ketumbuhan di bahagian mulut tahun lalu benar-benar membuka mata banyak pihak. Hasilnya, dia telah diterbangkan ke London bagi mengharungi yang akhirnya membuahkan kejayaan.

Hampir setahun peristiwa tersebut berlaku, kini Ainul Mardhiah semakin sihat dan comel seperti kanak-kanak lain. Membesar dengan baik, Ainul dilihat sudah pandai duduk dan mulai berjalan keluar bersama ibu dan bapanya.

Ikut walid pergi kerja

Bapanya, Ahmad Safiuddin juga tidak lokek berkongsi gambar terbaru Ainul bagi tatapan warganet. Bayi kesayangan ramai itu juga menjadi perhatian setiap kali muat naik di media sosial dilakukan.

Hari ini, bapanya telah membuat posting gambar Ainul yang berada di kedai milik keluarga dalam keadaan duduk di kerusi.

Menurut bapanya lagi, Ainul sedang ralit memerhati pelanggan yang hadir ke kedainya sambil duduk diatas kerusi. Ahmad Safiuddin juga sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa apabila besar nanti, Ainul bolehlah membantunya di kedai.

Ainul datang kedai tengok walid buat kerja. Suka dia dapat jalan-jalan mama bawak. .

Ainul dah besar sikit nanti boleh tolong walid dekat kedai ye. .

P/s : Gambar ainul tengah tengok pelanggan mundar mandir.

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh Ahmad Safiuddin itu, rata-rata warganet seperti biasa memuji kecomelan adik Ainul yang terlihat begitu berbeza dengan gambar tular ketika dia masih bayi dahulu.

zuera_alya Alahhhh bammbam nye ainul…makin bulat dh pipi tu ..smga trs mmbesar dgn sihat yer..❤️❤️

raf_raisha0906 Gemok dah die.. Alhamdulillah.. Membesar dgn sihat ye sayang untie

nor_azza Boss…nti leh jaga cashier eh hihi

nabilla_ae Big girl dh ainul ni.. hee

qizsh Sukanya Aunty tengok Ainul makin hari makin sihat makin bambam

bungabungacantiq Ainul dah mulat la… Pipi paw sgt tu nak gigit😍😍

rizunis_1601 omel dia..semoga menjadi anak yang soleh

Mereka juga sempat mendoakan agar Ainul terus menbesar dengan sihat dan turut berharap agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.

wawa_jemi Comelnya ainul dah nampak bambam sikit. Semoga sihat selalu ainul

nana.maryati.946 Allololo comel nya sehat teus ye ainul

intanmazliza Comelnyaa Ainul.. semoga terus sihat syg

IG: AhmadSafiudinn

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*