Ada Orang ‘Sound’ Syifa Melvin Perihal Hubungannya Dengan Safawi Sekali Safawi Rasid Balas Komen Buat Semua Terdiam

Tak pasal-pasal entri Instagram Syifa Melvin menjadi tempat berbalas-balas komen antara peminat hanya kerana seorang wargamaya menulis sesuatu yang agak peribadi terhadap pemain bola sepak yang dikatakan bercinta dengan Syifa iaitu Safawi Rasid.

Entri yang hanya berkongsikan gambar dan mempromosikan produk sendiri menjadi tempat bertelagah ramai yang marah dengan campur tangan netizen tersebut.

“@safawirasid29 wi, jangan disebabkan perempuan karier mu jatuh. Timba pengalaman selama mungkin di luar negara. Wa sentiasa doakan lu bro,” tulis netizen tersebut.

Hal kerja yang dicampur adukkan dengan hal peribadi oleh netizen itu membuatkan Safawi membalas kembali komen tersebut.

“@ratazeem thank you bro support tapi personal hal jangan babitkan. Wa ada otak lagi,” balas Safawi.

Ramai wargamaya lain juga kurang bersetuju dengan netizen tersebut yang mencampuri urusan peribadi Safawi. Mereka juga turut sama memberikan pendapat masing-masing.Safawi Rasid kini berada di Portugal menyertai Portimonense SC, Kelab Liga Premier Portugal.

Safawi.. ‘I Akan Jaga Family You’ – Syifa Melvin

Keberangkatan pemain skuad Harimau Malaya iaitu Safawi Rashid ke Portugal tempoh hari ditemani ahli keluarga, rakan karib dan teman istimewa, Syifa Melvin.

Terbaru, kelihatan Syifa Melvin menerusi laman akaun Twitternya memuat naik kapsyen ucapan buat pemain bola sepak itu. Safawi turut membalas ucapan dari Syifa dengan meninggalkan emoji ‘Love’.

Dalam titipan ucapan itu, Syifa mendoakan yang terbaik buat pemain bola tersebut dan terus memberi tumpuan pada perlawanan serta latihan sepanjang berada di sana. Tambahan, Syifa juga berjanji akan menjaga keluarga Safawi yang berada di sini.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*