Abang Hidayah Pula Tampil Bersuara Yang Buat Semua Pihak Terdiam

Ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih sayang. Wanita yang keematiann suami mempunyai tempoh iddah yang berbeza berbanding perpisahan akibat perceraian.Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa ‘bulan’ di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari.

Kemelut antara pelawak Ali Puteh dan isteri kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah semakin mendapat perhatian netizen di laman sosial.Abang kepada Nor Hidayah yang dikenali sebagai Sir Azmir memberitahu pihak mereka sekeluarga memilih untuk berdiam diri kerana menghormati adiknya yang masih dalam tempoh edah.

Malah, Sir Azmir turut memohon agar semua orang mendoakan Nor Hidayah dan anaknya, Syed Uthman Hamzah berada dalam keadaan baik.Ungkapan itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kematian arwah.

“Mohon maaf ya, saya wakil keluarga dan Hidayah tak dapat nak beri apa-apa penjelasan berkenaan hal yang tengah panas ini buat masa sekarang bagi menghormati Hidayah yang sedang menjalani tempoh edah.Mohon sama-sama doakan dia dan anaknya, Hamzah baik-baik sahaja. Maaf sekali lagi daripada pihak saya, Hidayah dan keluarga,” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada Jumaat, adik kepada arwah Abam, Ali Puteh tampil menjelaskan segala dakwaan Nor Hidayah dan menafikan keluarganya ingin membolot kesemua harta pusaka Allahyarham Abam.

Menerusi sidang media tersebut, Ali turut memberitahu dia berkecil hati dengan Nor Hidayah kerana mengeluarkan perkataan berbunyi ‘jangan makan harta anak yatim’ kepada ibunya, Sabariah Arshad, 63.

Dalam pada itu, Ali juga memberitahu dia ada menjemput Sir Azmir serta Nor Hidayah untuk menghadiri sidang media yang diadakannya itu.

Saya ada menghantar jemputan kepada abang Hidayah untuk mereka sekeluarga hadir ke sidang media bagi menjelaskan semua perkara.Tapi mereka tidak dapat hadir kerana masih perlu perbincangan antara keluarga,” kata Ali.

Sebelum ini, video Nor Hidayah mendedahkan kereta milik arwah suaminya diambil keluarga mentua dan tidak dapat harta peninggalan ketika ditemu bual usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengundang kemarahan Ali.

Ali tidak dapat menahan kemarahannya memuat naik status berbaur hinaan terhadap Nor Hidayah namun telah memadamnya sebaik sahaja menerima pelbagai kecaman.

Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.Anggota kumpulan Bocey itu meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah, 28, dan anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan.

Wanita dalam iddah kematian suami wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan di atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah.

Kredit:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*